16 August 2017

Makan @ Restaurant Hj. Sharin Low Grand


Hola guys!!

Kat luar The Strand banyak food truck. Ingatkan hubby ajak makan situ tapi bila dah sampai penghujung food truck yang last pun hubby masih tarik tangan I macam nak bawa I ke suatu tempat hahaha. I pun ikut je la. 


Rupanya hubby nak makan kat Restaurant Hj. Sharin Low Grand ni. Restaurant ni restaurant Chinese Muslim. Menu authentic chinese muslim cuisine. I really love chinese food YUMMMY!!


Restaurant ni berdepan dengan Restaurant Jameela Maju. Decoration simple and nice and yang paling penting BERSIH. Siap ada tanglung lagi.


I order Bittergourd Chicken Rice / Nasi Ayam Peria. SEDAP!!! Tapi peria sikit sangat :( Kalau banyak peria wahhh heaven!!


Kam Heong Beef Rice / Nasi Kam Heong Daging untuk hubby! I try sikit, SEDAP!!! Hubby memang suka makan daging. I tak minat sangat makan daging or ayam, I lebih suka makan ikan dan sayur-sayuran. I order ayam sebab risau ikan kat sini tak fresh hehehe.


Fu Yung Egg / Telur Fu Yung. SEDAP!! Telur mesti la sedap hahahaha! Hubby order dua gelas Chinese Tea je sebab hubby nak belanja minum Starbucks ^^


Harga makanan disini sangat berpatutan. Susah nak jumpa harga murah macam ni -.-" Pelbagai hidangan sampai pening kepala fikir nak makan apa hahahaha! Lain kali I nak makan sini lagi. Nak try menu lain!



Lepas isi perut, I temankan hubby tengok wayang, Hitman's Bodyguard special screening. Movie tu memang AWESOME! Millions thanks to TGV Cinemas!! Itu la kelebihan sebagai TGV Movie Club members.

Oh ye, restaurant ni terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Adios!


10 August 2017

Makan @ Boat Noodle, KL Gateway Mall


Hola!

Sejak wujudnya Boat Noodle di Malaysia, aku tak pernah try makan kat situ. Faham-faham je la kan orang Malaysia ni, pantang ada benda baru mesti diserbu dengan segera haha.


Rata-rata pekerjanya ada Bangla. Bukan kat Boat Noodle je, hampir semua restaurant kat KL ni pekerjanya Bangla. -.-"


Biasanya dapat berdiri depan pintu Boat Noodle je, nak duduk memang tak dapat la. Memang ramai gila orang. Akhirnya semalam rezeki dapat makan situ. Tak boleh lepaskan peluang. Rezeki jangan ditolak orang kata hehe.


Bila tengok menu rupanya sikit je pilihan makanan. Rasanya menu paling famous dah tentu la boat noodle (mee sampan) tu. Yang tu aku tak try lagi sebab aku lapar gila nak makan nasi haha.


Aku order Kra Pow Chicken Rice. Rasanya hmm boleh la. Nak cakap sedap gila tu hmm takde la sedap gilaa. Boleh laa. Tapi kalau kau tanya aku nak makan lagi Kra Pow Chicken Rice ni memang tak la. Rasanya terlalu biasa kot. Ia cuma nasi putih yang di hidang bersama telur mata dan isi ayam yang masak dengan daun basil. Nothing special. Sepatutnya ada hirisan tomato dan timun tapi dapur kehabisan stok kot hahaha.


The Kraken Kari untuk hubby. Okay la ada rasa kari. Yela nama pun kari kan, kalau takde rasa kari tu yang pelik haha. Aku rasa sesuap hmm rasanya biasa je. Takde la sedap sangat. Hubby pun sependapat dengan aku.


Ice Blended Coconut Shake. Seriously yang ni SEDAP!! Nasib baik la sedap, kalau tak sedap memang terasa malangnya nasib makan kat Boat Noodle ni hahahaha.

Lain kali nak try menu lain pula. Harap-harap sedap la.

Adios!


27 July 2017

TTC: Transvaginal Ultrasound (TVS) & Pap Smear


Hola!

Isnin lepas aku ada appointment dengan Gynea PPUM. Ya ya berkaitan dengan spotting hari tu. Aku paling salute doctor kat PPUM. Service sangat-sangat bagus memang terbaik la! Tak pernah mengecewakan.

Okay cerita pasal spotting tu.


Doctor tanya pasal spotting tu. Bila spotting? Berapa hari spotting? Dah berapa kali spotting? Dah period ke belum? Semua aku jawab dari A to Z. Nasib baik la ada Fertility Friend App fuhhh. Semua aku jawab dengan cemerlang haha!


Lepas di interview oleh doctor, doctor bawa aku ke satu bilik untuk scan rahim. Masa ultrasound scan tu doctor kata tak nampak sangat rahim aku (lemak perut aku tebal sangat agaknya haahahaha!). So doctor buat transvaginal ultrasound (TVS). TVS ni scan melalui vagina kita guna alat kat atas tu :) Jangan risau sebab doctor akan letak gel kat alat tu supaya bila alat tu masuk dalam vagina tak sakit. Cuma rasa tak selesa je.

Tips: Masa doctor nak masukkan alat tu kita kena relaxxxxx jangan kemut (fahamkan? hehe). 

Doctor kata aku Retroverted Uterus. Follicle okay cantik. Endometriosis. Ya doctor kat aku Endometriosis. Amende la. Nanti la aku google and share kat korang HAHAHA!

Masa tengok rahim aku tu alahaiii.. orang lain scan rahim sebab ada baby aku pula scan rahim kosong tratangtang je :( Sebak juga la masa tu.

Selepas buat semua benda tu tiba la masanya untuk PAP SMEAR! OMG!!!! 

Speculum

Aku tak bersedia dari segi mental dan fizikal nak buat Pap Smear T.T Aku ingatkan jumpa gynea untuk scan je huaaaa T.T

"I akan masukkan alat (speculum) ni, okay?"

"Hmmm.."

Mulut aku mampu jawab hmmmm je bila tengok speculum BESI tu seram sial OMG OMG OMG!!

Doctor berdiri pasang lampu kat depan kaki aku aku yang terkangkang tu. Maka terang benderang la seluruh alam missv huaaaa T.T Belakang doctor ada dua nurse. What the fish la kan.

"Kaki buka luas, jangan kepit.. You kepit susah speculum nak masuk"

"Malu la doc.."

Mana tak malu tiga orang manusia berdiri depan missv aku dengan lampu yang terang benderang focus kat situ mak hoiii malu weiii!!

Tiba-tiba masuk lagi seorang doctor. Kali ni dua doctor dan dua nurse depan missv aku yang tersuluh lampu. Doctor yang baru masuk tu nampak aku panic sangat kot so dia cuba tenteramkan jiwa aku yang tengah gundah gulana hahaahahaha! Dia cuba bawa aku berborak. Tanya aku asal mana, dah berapa lama kahwin, husband orang mana bla bla bla..

Dan akhirnya alat tu masuk dengan jayanya dan sample telah pun diambil hooooooooooray!! Rasa padat gila dan tak selesa. Rasa nak tendang doctor tu suruh keluarkan speculum tu T.T Dah selesai aku lap missv fuhh seram ada darah. Luka kot. Tiga hari panty liner aku ada darah.

Result pap smear tu aku pun tak tahu apa. Maybe sebab ramai orang so tak sempat la kot doctor nak terangkan? Doctor kata jumpa lagi dua bulan.

Berjuta kali aku minta maaf dengan doctor and nurse sebab menyusahkan. Aku harap diaorang pun faham la kan kita perempuan ni memang pemalu dan sensitive sangat bab bab macam ni hehehe.

"Nak MC ke nak time slip"

"Nak MC la doc.."

Doctor bagi MC sehari happy gila! Letih tau tunggu giliran. Emosi pun agak terganggu sebab fobia  speculum BESI Pap Smear tu. Dengan missv pun berdarah. Nasib baik la doctor sangat memahami :)

Selesai je terus ajak husband pergi makan Wendy's hahaha!


Wendy's 7 Wonders Beef Mushroom Melt Burger for me and husband. Fanta grape for hubby and green tea honey for me. Aku suka gila french fries kat Wendy's SEDAPPPPP lebih kurang macam Carl's Jr.

Okay itu je setakat ni.

Adios!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...